Teknik-teknik kamera (Part 3)


Hai readers and bloggers!

So hari nih aku nak share dengan korang mengenai camera movements.

Sambungan dari:

Teknik-teknik kamera (Part 1)

Teknik-teknik kamera (Part 2)

Okay, so ade beberapa jenis movements ataupun pergerakan ketika kita ingin merakam ataupun menangkap video nih.

Teknik-teknik ini penting kerana video yang diambil dapat menyampaikan maksud dan juga mempunyai nilai-nilai dan makna yang tersendiri.


Crab

Crab merupakan satu teknik pergerakan kamera yang digerakkan seperti ala-ala ketam berjalan. Sepertimana ketam yang berjalan mengereng, begitulah juga pergerakan sebuah kamera.

Kamera akan diletakkan di bahagian sisi sebelah kanan ataupun kiri subjek ataupun objek untuk menunjukkan pergerakan objek ataupun subjek ke bahagian depan ataupun belakang.

Ia juga dikenali sebagai trucking/tracking.



Sekiranya kamera digerakkan ke sebelah kanan ia dipanggil crab right. Manakala crab left adalah untuk kamera yang digerakkan ke sebelah kiri.




Dolly

Dolly merupakan pergerakan kamera yang amat penting. Pergerakan kamera ini menunjukkan kamera digerakkan ke bahagian depan ataupun belakang.

Ia menunjukkan objek ataupun subjek semakin dekat/hampir ataupun semakin jauh.



Untuk kamera yang digerakkan ke bahagian hadapan dipanggil dolly in. Dolly out pula untuk kamera yang digerakkan ke bahagian belakang.

Juga dikenali sebagai trucking/tracking.


Pan




Pan merupakan teknik pergerakan ufuk. Sekiranya ianya digerakkan ke sebelah kanan, ia dipanggil Pan right. Sekiranya digerakkan ke sebelah kiri dipanggil Pan left.

Dalam bahasa mudah untuk pergerakan pan ini adalah badan tidak bergerak tetapi tangan yang memegang kamera sahaja yang bergerak samada ke kanan ataupun ke kiri.



Tilt

Tilt berbeza dengan pan. Sekiranya pan pergerakan ufuk dari kanan ke kiri ataupun kiri ke kanan, tilt pula pergerakan ufuk dari atas ke bawah.



Sekiranya kamera digerakkan ke atas ia dipanggil tilt up. Dan jika kamera digerakkan ke bawah ia dipanggil tilt down.

Dalam bahasa mudah untuk pergerakan tilt ini adalah badan tidak bergerak ke atas ataupun ke bawah tetapi tangan yang memegang kamera sahaja yang bergerak samada ke atas ataupun ke bawah.


Zoom

Zoom terbahagi kepada 2 iaitu zoom in ataupun zoom out. Zoom in adalah focal length camera dizoom kan ke bahagian hadapan dan menunjukkan subjek atau objek lebih dekat, jelas dan terperinci.

Contohnya, zoom in ke muka menunjukkan jerawat ataupun parut yang ada di muka.

Manakala zoom out adalah focal length camera yang dizoomkan ke belakang menunjukkan objek atau subjek jauh, kurang jelas dan kurang terperinci.

Contohnya, zoom out dari muka menunjukkan jerawat semakin tidak kelihatan dari muka.


Crunk/Truck

Pergerakan menunjukkan kamera digerakkan dari atas ke bawah atau bawah ke atas. Berbeza dengan tilt, crunck/truck perlulah digerakkan badan sekali dari berdiri ke duduk ataupun dari duduk ke berdiri.




Follow/Truck/Track

Pergerakan kamera yang mengikut subjek ataupun objek. Sekiranya subjek berjalan kehadapan, kamera yang diletakkan di bahagian belakang haruslah bergerak kehadapan dengan langkah dan jarak yang sama dengan subjek.




*****

Itu je untuk kali nih.

Selamat mencuba

^..^



Aziz Safian Web Developer

BloQAzizSafian.anExtraOrdinaryBlog

Post a Comment