3 Tips Untuk Berjimat Ketika Ekonomi Negara Kurang Baik

3 Tips Untuk Berjimat Ketika Ekonomi Negara Kurang Baik


Ramai yang mengeluh kerana nilai mata wang negara kita merosot baru-baru ini ditambah pula dengan implementasi kerajaan kepada rakyat Malaysia GST atau Good & Service Tax.

Tidak perlu kita membincangkan soal GST baik atau tidak, kerana hakikatnya ia telah dilaksanakan.
Ayuh kita tolak ketepi soal GST dan dalam masa yang sama kita cuba melihat diri kita bagaimana untuk berjimat ketika ekonomi negara kurang memberangsangkan.

3 Tips Untuk Berjimat Ketika Ekonomi Negara Kurang Baik


1. Buat Aturan Perbelanjaan
Buat aturan perbelanjaan ini bukan lah sesukar mana, cumanya samada kita nak atau tidak sahaja. Kita lihat perbelanjaan kita sebulan dengan pendapatan kita. Adakah kita dapat menabung ataupun menyimpan? Bagi yang sudah berkeluarga ataupun tidak, pentingnye aturan perbelanjaan ini, dapatlah untuk mengenal pasti dimana ketirisan ataupun perjalanan duit tersebut. Adakah kita boros atau tidak?

Sebagai contoh (Aturan perbelanjaan untuk orang bujang)

Rumah sewa/ bilik sewa ……………….RM 300-00

Makan(sebulan) …………………………….RM 600-00

Mak ayah ………………………………………RM 200-00

Tambang/kos kerja ……………………….RM100-00
*naik motosikal ulang alik kerja

Internet …………………………………………RM150-00
*internet termasuk topup

Perbelanjaan sara diri ……………………RM 150-00
*perbelanjaan sara diri adalah seperti sabun, minyak wangi, syampu, ubat gigi dan sebagainya
*** contoh ini bergantung kepada pendapatan bulanan, dan juga perbelanjaan. Boleh dikurangkan amaunnya ataupun boleh dibuang perkara yang tidak penting

Jadi jumlah bajet perbelanjaan diatas adalah RM1500-00. Sekiranya, anda mempunyai gaji sebanyak RM2300-00, duit lebih RM800-00 boleh disimpan atau diguna pada masa akan datang.
Nilai yang ada diatas tidak semestinya diikut sepenuhnya tetapi kalau betul-betul boleh berdisiplin adalah lagi baik.

Yelah, kadang-kadang nak juga merasa makan sedap di KFC, Chilis, dan sebagainya, apa salahnya untuk berbelanja lebih sedikit.

3 Tips Untuk Berjimat Ketika Ekonomi Negara Kurang Baik


2. Elakkan Perbelanjaan Yang Tidak Penting
Perbelanjaan yang tidak penting ini adalah berbelanja untuk sesuatu yang dapat mengurangkan nilai pendapatan. Sebagai contoh, disebabkan terikut-ikut dengan keadaan & trend semasa.

Contohnya, penggunaan telefon pintar iphone menjadi satu fenomena. Sekiranya masih elok telefon pintar Lenovo ataupun Samsung yang ada, tidak perlulah untuk membeli telefon pintar iphone kerana seperti yang kita sudah sedia maklum harga iphone mencecah ribuan ringgit.

Selain dari itu, bagi yang gemar menonton wayang, kurangkan menonton wayang kerana kosnya yang cukup tinggi. Satu tiket untuk filem yang baru sahaja dikeluarkan memakan belasan ringgit. Itu, baru satu tiket untuk satu filem tidak termasuk dua atau tiga filem bagi mereka yang gemar menonton wayang.

Kurangkan aktiviti melepak bersama rakan-rakan kerana secara sedar atau tidak, kita mungkin akan berbelanja lebih. Mula-mula kita order milo ais dan roti canai. Setelah sejam bersembang perut kembali terasa lapar dan dahaga, tetapi kali ini kita hanya order milo ais. Dan tidak habis lagi melepak, kita mungkin akan order lagi satu milo ais. Jadi, cuba bayangkan berapa nilai ringgit yang sebenarnya boleh kita simpan tetapi diguna pakai secara tidak berhemah.

Berbelanja ketika ada sale, ataupun diskaun adalah lebih baik kerana lebih murah dan secara tidak langsung kita dapat berjimat.

Seeloknya, berhentilah merokok. Bukan sekadar membahayakan kesihatan tetapi hakikatnya duit untuk membeli rokok itu boleh digunakan untuk benda dan perkara yang berfaedah.

3 Tips Untuk Berjimat Ketika Ekonomi Negara Kurang Baik


3. Berbelanja Mengikut Kemampuan
Sekiranya gaji kita hanya RM2400-00 ditolak dengan RM1500-00, baki hanyalah RM800-00 (merujuk kepada contoh diatas), janganlah pulak kita sewenang-wenangnya untuk menghabiskan semua duit untuk sesuatu yang kita tidak mampu. 

Contohnya, membuat pinjaman perumahan ataupun membuat pinjaman kereta dan sebagainya. Ini kerana, secara tidak langsung, ia akan menjadi suatu beban kepada kita disaat kita kekurangan. Kekurangan belaku mungkin disebabkan kemalangan, perbelanjaan kesihatan dan sebagainya yang memerlukan duit yang banyak.

Kita juga mungkin boleh menolak pelawaan rakan untuk bermain futsal berbayar kerana bajet kita tidak cukup. Ataupun, sekiranya masih hendak main futsal, carilah tempat yang murah atau tidak dikenakan bayaran langsung (free).

Jadi, jom amalkan penjimatan hebat.

Hehe. Tak paksa, tapi kalau kita buat, kita berjaya. Tidak kisah sebanyak mana pun gaji, tetapi apa yang penting adalah sebanyak mana yang kita mampu simpan.

Gambar hiasan google.com & yahoo.com



Artikel Terkait

3 Tips Untuk Berjimat Ketika Ekonomi Negara Kurang Baik
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Recent Posts