Honda Accord Baru Serba Lengkap


SEBAGAI model utama Honda, Accord yang meraikan ulang tahun ke-40 telah direka semula untuk menawarkan wajah luaran lebih canggih dan maskulin serta penampilan sebuah sedan yang serba lengkap.

Daripada aspek luaran, Accord baharu dizahirkan dengan rekaan bamper hadapan baharu yang dipadankan dengan lampu utama LED di hadapan dan belakang serta rim dua tona hitam dan perak, sekali gus melengkapkan penampilan dinamik. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi, berkata bagi memenuhi keperluan eksekutif moden, Accord baharu dilengkapi unit paparan audio Skrin Sentuh Tujuh Inci bersama i-MID yang serasi dengan Apple CarPlay dan ia juga serasi dengan Android Auto apabila dilancarkan nanti. 

"Ciri Telefon Bebas Tangan Dengan Pengecaman Suara dan MirrorLink pula pasti memudahkan lagi urusan berkomunikasi dan hiburan ketika memandu," katanya sambil menambah Accord baharu jelas menawarkan satu tahap jangkaan baharu ke atas sebuah sedan eksekutif.

"Ia juga melengkapkan tawaran siri sedan kami yang terdiri daripada City, Civic dan Accord di Malaysia." Accord baharu ditawarkan dalam tiga varian - 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4 VTi-L. 

Varian paling berkuasa dijana enjin 'Earth Dream Technology' yang revolusioner bagi menawarkan pengalaman pemanduan lebih mengujakan dan menjimatkan bahan api. 

Accord baharu adalah sedan premium dan ini jelas terlihat melalui ciri-ciri satu kelas yang lebih tinggi daripada pesaing, terutama bagi varian 2.0VTi yang mana ia kini hadir dengan pelbagai ciri seperti Kemasukan Pintar, Butang Penghidup Enjin dan Kawalan Jelajah yang biasanya didapati pada varian tinggi seperti 2.0L. 


Varian tinggi 2.0VTi-L yang juga paling laris, dilengkapi pelbagai ciri tambahan seperti Honda LaneWatch, Cermin Pandang Belakang Auto Malap, Penggilap Cermin Automatik, Tempat Duduk Kuasa untuk Penumpang Hadapan, Beg Udara Sisi dan Beg Udara Bidai Sisi. 

Ciri-ciri 2.4VTiL juga dipertingkatkan untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan. Hayashi berkata, berikutan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Honda, ketiga-tiga varian Accord kini dilengkapi enam beg udara, selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Agihan Daya Brek (EBD), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Sistem Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Pemula di Bukit (HSA), Kamera Pandang Belakang Berbilang Sudut dan Palam ISO. 

"Dengan sasaran jualan 500 unit sebulan, sedan eksekutif yang anggun dan premium ini dijangka dapat membantu Honda Malaysia mencapai sasaran jualan 90,000 unit kenderaan tahun ini," katanya. 

Bagi Hayashi, Honda Malaysia yakin bahawa pemanduan premium bersama pakej luar biasa yang ditawarkan Accord baharu mampu membuatkannya kekal popular dalam segmen D. Mengulas lanjut, beliau berkata, Accord baharu yang dilengkapi pelbagai ciri lebih baik adalah model pertama Honda yang ditawarkan dalam warna baharu iaitu Biru Mutiara Obsidian. 

Warna baharu lain ialah Putih Orkid Mutiara, Lunar Silver Metallic. Accord baharu juga boleh didapati Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl. Bagi memberi lebih nilai dan kemudahan kepada pelanggan, Accord baharu hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had bersama selang servis setiap 10,000km. 


Di Malaysia, lebih 75,000 unit Accord sudah berada di jalan raya dan ia kekal menjadi sedan eksekutif kegemaran sejak diperkenalkan pada 2001. Daripada aspek jualan keseluruhan, Honda berjaya mengekalkan kedudukan Nombor 1 dalam segmen kenderaan bukan-nasional apabila sejumlah 55,751 unit dijual dalam tempoh Januari-Ogos 2016. Keadaan itu dicapai Honda walaupun dalam tempoh itu Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) susut 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Sila kunjungi mana-mana daripada 88 pengedar Honda di seluruh negara untuk maklumat lanjut mengenai Accord baharu untuk tempahan dan sesi uji pandu. Anda juga boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my. 


Sumber: Berita Harian

Artikel Terkait

Honda Accord Baru Serba Lengkap
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Recent Posts