Pembeli Rumah Strata Dapat Perlindungan Menyeluruh


KUALA LUMPUR: Pembeli tidak perlu lagi bimbang membeli hartanah strata berikutan mereka kini dilindungi Akta Pembangunan Perumahan dan Akta Pengurusan Strata yang memberi perlindungan lebih menyeluruh.

Pengamal undang-undang, Ivan Chan, berkata dalam satu akta itu, pembeli akan mendapat hak milik strata dan sijil pematuhan kod (CCC) atau dikenali sebagai sijil layak menduduki (CF) sebelum ini, selepas mendapat kunci rumah. "Sebelum ini, pembeli mendapat kunci rumah selepas projek disiapkan, tetapi tidak mendapat hak milik strata.



Kita tidak tahu bila akan mendapat hak milik strata sama ada lima tahun, 10 atau 15 tahun," katanya sambil menambah banyak kondominium di bandar masih tidak mempunyai hak milik strata.

Dalam perkembangan berkaitan, Ivan berkata pembeli juga tidak perlu risau mengenai perbadanan pengurusan strata jika membeli hartanah terbabit. Ini kerana, katanya, pembeli boleh merujuk kes ketidakpuasan hati mereka terhadap perbadanan pengurusan berkenaan kepada Pesuruhjaya Bangunan.

"Pesuruhjaya Bangunan akan memastikan undang-undang pengurusan strata dipatuhi dan dikuatkuasakan," katanya. "Jika Pesuruhjaya Bangunan tidak dapat mengendalikan kes berkenaan mengikut kehendak pembeli, maka pembeli boleh membawa perkara terbabit kepada Tribunal Pengurusan Strata," katanya.

Info
- Hakmilik Strata adalah hak milik yang dikeluarkan di bawah Seksyen 16 Akta Hakmilik Strata 1985 untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah.

- Hakmilik Strata disediakan atas nama orang yang terakhir sekali didaftarkan sebagai pemilik lot tanah yang diberikan.

Sumber: Berita Harian

Artikel Terkait

Pembeli Rumah Strata Dapat Perlindungan Menyeluruh
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Recent Posts