Rumah Lelong Antara Pelaburan Terbaik



KUALA LUMPUR: Bakal pembeli terutama bagi mereka yang ingin membeli kediaman pertama boleh mempertimbangkan hartanah lelong sebagai alternatif kepada pasaran utama atau pasaran sekunder.

Pengasas Superior Wealth Mastery, Alan Poon, berkata pembelian hartanah lelong masih menawarkan potensi pelaburan yang baik jika mengikut kaedah serta pengurusan yang betul.

"Lelongan hartanah diadakan hampir setiap hari di negara ini dan pembeli mempunyai peluang untuk mendapatkan hartanah berkualiti dengan pelbagai pilihan lokasi yang strategik.

"Malah, pembelian hartanah lelong juga boleh memberi pendedahan kepada bakal pembeli untuk menguruskan kewangan dan pembiayaan mereka secara cekap," katanya ketika ditemui pada sidang media Pameran Hartanah MyRumah Siri Ketiga di Balai Berita, di sini, baru-baru ini.

Pameran anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dengan kerjasama Kumpulan Andaman, meneruskan siri pamerannya yang memasuki penganjuran kali ketiga, tahun ini. Ia berlangsung tiga hari bermula 7 hingga 9 Oktober ini di Public Space, Balai Berita NSTP, Bangsar.

Poon berkata, hartanah lelong turut memberi gambaran jelas kepada nilai pasaran sesuatu hartanah dan ia membantu pembeli untuk membuat pilihan lebih tepat sebelum membuat pelaburan.

Selain itu, katanya, masyarakat juga perlu mengubah tanggapan negatif terhadap hartanah lelong, sebaliknya bersikap lebih terbuka kerana ia juga adalah transaksi lebih fokus serta telus.

 "Usaha mendidik orang ramai perlu dilakukan secara berterusan untuk mengubah persepsi negatif mereka mengenai hartanah lelong, sebaliknya menjadikan ia sebagai satu daripada peluang pelaburan.

 "Topik mengenai pasaran dan potensi hartanah lelong akan dikupas dalam Pameran Hartanah MyRumah pada Oktober nanti. Orang ramai seharusnya mengambil peluang itu untuk mendapatkan gambaran dan berkongsi maklumat mengenai peluang pelaburan itu," katanya.

 Kewujudan hartanah lelong berikutan kegagalan pembeli sebelum ini membuat bayaran bagi hartanah yang dibelinya. Antara faktor menyumbang kepada hartanah lelong ialah lebihan bekalan dalam kawasan tertentu, selain faktor ekonomi seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan masalah kewangan pembeli yang boleh menjadi bebanan hidup.

Sumber: Berita Harian

Artikel Terkait

Rumah Lelong Antara Pelaburan Terbaik
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Recent Posts